Friday, March 11, 2011

Saingan Kelayakan Olimpik 2012 (Asia) Pusingan Kedua



Perlawanan pusingan pertama tempoh hari telah berakhir yang menyaksikan Malaysia bersama 8 pasukan yang lain layak ke pusingan kedua iaitu Thailand, Hong Kong, India, Iran, Turkmenistan, Oman, Kuwait dan Jordan. Manakala perlawanan kedua diantara Sri Langka - UAE akan diadakan pada 11 Mac 2011 dengan UAE sudah mengatasi lawannya dengan 7 gol berbalas 1. Satu lagi perlawanan kelayakan olimpik pusingan pertama diantara Singapura - Yemen yang masih belum dijalankan, dijadualkan pada 19 & 21 Mac 2011.

Lawan Malaysia di perlawanan timbal-balik pusingan kedua yang akan dijalankan pada 19 Jun 2011 dan 23 Jun 2011 adalah diantara pasukan-pasukan berikut manakala undian bagi perlawanan tersebut adalah pada 30 Mac 2011 :


 Australia Bahrain  China PR  North Korea
 South Korea  Hong Kong  Iran  Iraq 
 India  Japan  Jordan  Kuwait  Lebanon 
 Malaysia  Oman Qatar  Saudi Arabia  Syria
 Thailand  Turkmenistan  Uzbekistan  Vietnam

    2 comments:

    Unknown said...

    x sabar nk tunggu malaysia layak

    kue said...

    kue p0wn harap pasukan Malaysia layak ke peringkat seterusnya dan bermain di sukan olimpik 2012