Wednesday, October 13, 2010

Penyokong Kelantan Meninggal Dunia Selepas Menonton Bola (beserta gambar)


SHAH ALAM 12 Okt. – Seorang penyokong meninggal dunia sebaik sahaja selesai menyaksikan perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin berkata, kematian lelaki tersebut yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dipercayai akibat sesak nafas.
Beliau berkata, walaupun berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua pasukan tetapi kematian lelaki itu tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kekecohan itu.
“Allahyarham yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berasal dari Bachok, Kelantan meninggal dunia setelah dia mengadu sesak nafas sebelum pengsan di tempat letak kereta di Stadium Shah Alam.
“Rakan-rakannya dan juga pasukan paramedik yang dikejarkan ke tempat kejadian, bagaimanapun gagal menyelamatkan mangsa dan dia disahkan meninggal dunia,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Menurut Nor Azam, ketika perlawanan sedang berlangsung lagi, Allahyarham Che Karma telah mula mengadu sesak nafas dan dia telah dibawa berjumpa dengan paramedik untuk mendapatkan rawatan.
Jelasnya, keadaan Allahyarham selepas itu kembali pulih, sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya di tempat letak kereta.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kekecohan di Stadium Shah Alam, beliau memberitahu, tiada pergaduhan yang serius berlaku antara penyokong kedua-dua pasukan ketika di dalam stadium.
“Namun, sekiranya pergaduhan tercetus setelah mereka keluar dari perkarangan stadium ia di luar kawalan pihak berkuasa,” katanya.
Pada perlawanan tersebut, seramai 300 anggota penguatkuasa yang terdiri daripada anggota polis, pasukan Rela dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan mengawal ketenteraman di dalam stadium.

Disini kue sertakan gambar2 aksi diluar padang dan gambar penyokong kelantan yang meninggal












5 comments:

HaNTwO said...

takziah buat keluarga arwah...

azhar said...

innalillah...

wanshah said...

innalillahi wainnailaihirojiun.. takziah buat keluarga arwah. doa² la semoga kita meninggal dalam keadaan taat kepada Allah, ditempat yang baik dan suci, dalam keadaan yang tenang dan sempurna. aminn..

Jom melawat blog wanshah...
http://wanshah87.blogspot.com

saff'sWords said...

bola sepak malaysia memang macam nie. hampagas betul.

kue said...

sesetengah orang yg buat cmnih abes semua penyokong dicap keganasan terok and so on..bak pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga..