Saturday, June 12, 2010

~~Jom Wawwi~~

kalu korunk perasan ade widget Wawwi kat bawah CBOX kue an ???
ley bagi trafik n point yang leh ditukar > DUET
hahahha beznye..
jom join ramai2.. :)
jom kite tinjau ape fungsi Wawwi nih erkk..

Wawwi Matrix BlogWalking adalah widget yang akan memaparkan URL Blog anda ke senarai Networker blog yang mendaftar melalui blog anda mengikut formula Matrix nx15 dan juga merupakan sistem Autospillover.

Matrik nx15

Sebagai contoh jika status akaun anda ialah Matrik 5x5, jumlah blogger atau potensi trafik yang bakal anda terima adalah

Lv1: 5 = 5
Lv2: 5x5 = 25
Lv3: 5x5x5 = 125
Lv4: 5x5x5x5 = 625
Lv5: 5x5x5x5x5 = 3125
Jumlah Network: 3905 Blogger

Dengan ini potensi untuk anda mendapat trafik dari aktiviti blogwalking adalah lebih tinggi berbanding aktiviti blogwalking cara biasa. Sebagai contoh jika anda melayari 5 laman web melalui Wawwi Matrix Blogwalking sehari, anda sudah berpeluang mendapat 19 525 trafik ke blog anda dalam sehari. Hal ini adalah lebih mudah, menjimatkan masa, tenaga serta wang ringgit.

Anda pasti teruja menggunakan sistem ini dengan kedalaman sehingga level 15.

Autospillover

Apabila anda telah mencapai had lebar (width) downline network Level 1 anda, ahli terbaru akan dipindah ke network downline Level 1 anda itu dimana ahli yang belum atau mempunyai network terendah akan menerima ahli baru tersebut secara automatik.
Sistem yang digunakan:
MATRIK (nx15) + Autospillover
Sistem Mata (Point)

Fungsi mata ini adalah digunakan untuk menaiktaraf lebar atau kedalaman network anda dan juga diguna semasa sebarang pelawat yang klik melawat laman web anda di widget Wawwi Matrix BlogWalking. Semakin lebar atau semakin dalam network anda, semakin tinggi pelawat yang akan datang ke blog anda dan juga semakin banyak nilai mata yang bakal anda perolehi.

Anda diberi 10000 mata permulaan dimana fungsi nilai mata ini membolehkan blogger lain untuk melawat blog anda. Setiap klik unik sehari untuk lawatan ke blog akan dipotong 20 mata (jika upline melihat blog anda) dan dari 5 mata hingga ke 15 mata (jika downline melihat blog anda).

Apabila anda melayari sebarang laman web yang terdapat di dalam senarai network anda, sebagai contoh jika anda mempunyai 20 senarai blog, dengan melawat 20 blog itu, anda akan mendapat sejumlah nilai mata di widget anda itu seperti berikut:
Blog Downline (tanda REF) - 2 Mata
Blog Upline (tanda LV) - 1 Mata
Iklan Teks (tanda ADS) - 5 Mata
Iklan Banner 160x180 - 5 Mata
Iklan Banner 125x125 - 10 Mata
Iklan Banner 468x60 - 15 Mata


Jika downline anda klik link blog di widgetnya, maka anda akan mendapat 1 mata bagi setiap blog yang dilawatinya sehingga kedalaman level mengikut status akaun anda. Maksimum kedalaman adalah level 15. Dengan ini jika anda mempunyai network downline sebanyak 3905 blogger dengan purata klik ialah 10 link/blog sehari, maka anda akan memperoleh 39050 mata. Jika anda inginkan lebih lagi mata, maka anda perlu juga melawat blog lain di widget downline anda atau sebarang pelawat lain yang klik link di widget anda, maka anda dapat mata tambahan.
Jumlah Mata Sehari
3905 blogger x 10 blog dilawati = 39050 mata
Walaubagaimanapun anda diwajibkan untuk klik sekurang-kurangnya 2 link blog sehari untuk menerima jumlah mata tanpa had dari downline anda pada hari yang sama.
Selain dari itu, jika terdapat blogger yang mendaftar melalui widget anda, anda juga menerima nilai mata mengikut level.

Sponsor secara langsung = 20 mata
Downline level 1 = 15 mata
Downline level 2 = 14 mata
Downline level 3 = 13 mata
Downline level 4 = 12 mata
Downline level 5 = 11 mata
Downline level 6 = 10 mata
Downline level 7 = 9 mata
Downline level 8 = 8 mata
Downline level 9 = 7 mata
Downline level 10 = 6 mata
Downline level 11 = 5 mata
Downline level 12 = 4 mata
Downline level 13 = 3 mata
Downline level 14 = 2 mata
Downline level 15 = 1 mata

Potensi Nilai Mata Referral

Lv 1: 5 x 15 = 75 mata
Lv 2: 25 x14 = 350 mata
Lv 3: 125 x 13 = 1625 mata
Lv 4: 625 x 12 = 7500 mata
Lv 5: 3125 x 11 = 34375 mata

Jumlah keseluruhan:
43924 mata

Nilai mata lebih lumayan adalah hasil dari aktiviti blogwalking yang dapat anda lakukan dalam sehari. Semakin banyak blog dalam network anda dapat anda layari, maka semakin tinggi jumlah mata anda. Komisen anda juga akan tinggi kelak.

Pendapatan Sambilan

Sambil blogwalking dengan Wawwi Matrix BlogWalking, silalah kumpul nilai mata sebanyak mungkin kerana fungsi di masa-masa akan datang adalah anda berpeluang untuk menukar nilai mata kepada nilai wang sebenar. Pendapatan sambilan menanti anda semudah klik.
Manfaatkanlah sistem widget ini untuk menjana trafik dan pendapatan yang lumayan melalui blog.

14 comments:

Iza said...

Wah...baru tau ni...
sehari blh dapat berapa trafik?

kue said...

baru try nih..nnt tengok la pas seminggu cmne..
nih p0wn jarang BW..bab bz ngn final projek ngeeee~

Unknown said...

thank for the info ye..hehe..very useful tips...

Ahmad Tajuddin said...

cam rumit je fungsi dye...tp ok jugak nak try

ROLLENS said...

Kue, u giving me gud downline there.... post info for wawwi, tak tau lg fungsi dia ni..heeeee

Cikgu Dahlia said...

wawwi = amin johar ke??

anyway, siyes, xfaham..hhehe

Mia Liana said...

menarik ...masih keliru lagi :(

marulariffin said...

huhuh..rumit jugak ny...:)

http://lifemarul.blogspot.com/

follow2 la yek blog bru saye..:)
salam perkenalan..

AminJohar.com said...

Terima kasih membuat entri pengenalan Wawwi Matrix BlogWalking ini.


Kredit akan diberikan sedikit masa sahaja lagi.

Tahniah kerana telah terdapat 57 blogwalker dalam network anda dan URL blog anda telah disebar di blogroll blogwalker kedalaman yang ke 8 sekarang.

Kumpul jumlah mata sebanyak mungkin untuk membuka pintu level ke 6 dan sehingga maksimum level 15 agar potensi mendapat trafik ke blog anda akan semakin tinggi. :-)

realiti.. said...

dh join..tp konpius..samada langgar T&C nuffnang x..

a.z.n.e.e said...

tak faham jugak..

1. point byk2 tue mcmne nk redeem duit?? ada sistem ke? transfer terus akaun ke? atau cek?

2. tak jejaskan NN ker??

kue said...

rasenye xmenyalahi nuffnang coz nih juz memudahkan cara blogwalking..
n for point tuk tukar duet xpasti lagi..cume ape yg dberitahu adalah mungkin point2 yg dikumpul boleh ditukar pada duet..

AminJohar.com said...

Widget ini tidak menyalahi sebarang bentuk TOS pengiklanan kerana ia bukanlah sistem autoclick, autosurf, yang menjana trafiks secara automatik atau sebagainya.

Ia sekadar blogroll sahaja (untuk tujuan link exchange). tetapi ia sangat unik (1st in the world) kerana susunan list di blogroll mengaplikasikan cara matrik agar dan formula tersendiri. setiap ahli yang join boleh mendapat sebaran url blognya di blog lain. Aplikasi ini akan sangat memudahkan setiap blogger untuk blogwalking kerana Upline blogwalker akan blogwalking kepada blog downline manakala downline blogwalker akan blogwalking ke blog upline secara lebih sistematik.

Sepanjang seminggu widget ini tersebar, jam 1.00AM, 20 Jun 2010 widget ini telah membantu menjana trafik sebanyak 18365 klik keseluruhan dengan purata 14 visit untuk seoran blogger.

Manfaatkannya untuk penjanaan trafik ya. :-)

AminJohar.com said...

Ada aktiviti blogwalking oleh blogwalker atau blogger melalui widget ini punca utama trafik.


Ini dipanggil manualsurf.

100% human powered. Dan sistem widget ini adalah sistem antibot yang telah disetkan tidak boleh diakses oleh bot enjin carian dan sebagainya.

Jadi widget ini sedikitpun tidak akan mengganggu gugat status Page Rank (PR) mahupun Optimasi enjin carian (SEO) dalam kandungan web anda (Onpage SEO) berbanding blogroll biasa yang akan berlaku backlink exchange mengakibatkan perkongsian PR (akan berlaku curi mencuri PR), jika senarai melebihi 100 list akan menjatuhkan optimasi enjin carian di web anda, melambatkan web diload sepenuhnya, memburukkan sidebar anda dan 1001 macam lagi masalah lain.

Saya berkecimpung lama mengkaji tentang SEO telah membangunkan widget ini agar ianya tidak menganggugat SEO di web anda.

Jana trafik dengan WMB dan seterusnya kelak jumlah mata yang dikumpul boleh digunakan apabila feature penuh sistem WMB ini telah siap sepenuhnya (3-4 bulan di masa akan datang)